Menyentuh mengenai perkembangan infrastruktur di Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani pula, projek pembinaan ‘people mover’ kini memasuki fasa baharu selepas kajian kebolehlaksanaan selesai dijalankan, malah setakat ini, syarikat berkaitan telah membentangkan tiga pilihan reka bentuk kepada Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (PHEB) untuk pertimbangan dan penelitian lanjut sebelum fasa seterusnya dilaksanakan.