Lawatan T.Y.T Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ke Kuil Thanneermalai Balathandayuthapani Devastanam (Hilltop) Jalan Waterfall
TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menyempurnakan lawatan ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani atau lebih dikenali sebagai “Waterfall Hilltop Temple” di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang.
Kehadiran TYT Tun di kuil tersebut telah disambut oleh YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji, Ahli Parlimen Jelutong merangkap Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang, YB. Senator Dr. Lingeshwaran A/L Dato’ Seri R. Arunasalam, Timbalan Pengerusi, serta ahli-ahli Lembaga Wakaf Hindu Badan Berkanun tersebut dan Jawatankuasa Pengurusan Kuil.
TYT Tun merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang pertama melawat ke kuil tersebut serta melengkapkan pendakian sebanyak 1028 anak tangga, berulang alik bagi merasai sendiri pengalaman mendaki sehingga ke puncak sambil menikmati pemandangan indah George Town.
TYT Tun turut menyampaikan sumbangan Yayasan Amal TYT kepada YB. Sanisvara Nethaji Rayer bagi tujuan kegunaan kebajikan Lembaga Wakaf Hindu tersebut.