Call Us: (001) 888654321 – 888123456

Hebahan Jawatan Kosong Di Pentadbiran Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

YB Dato’/YBhg. Dato’ Seri/YBhg. Dato’/YAA Dato’/YBhg. Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Agensi ini sedang dalam proses mengiklankan jawatan kosong di kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam untuk berkhidmat secara peminjaman di pentadbiran Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Jawatan-jawatan yang terlibat untuk pengisian adalah seperti berikut:

a) Ketua Pegawai Eksekutif Gred 13; dan
b) Ketua Pegawai Operasi Gred 12.

3. Syarat kelayakan dan borang permohonan bagi jawatan kosong ini adalah sebagaimana diperincikan dalam lampiran iklan yang disertakan. Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Borang Permohonan Jawatan seperti di Lampiran A;
ii. Curriculum Vitae / Resume;
iii. Borang Pemeriksaan Kesihatan seperti di Lampiran B; dan
iv. Salinan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Ph.D.

4. Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan atau pos sebelum tarikh tutup yang dialamatkan kepada:

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang
Paras 20, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
10503 George Town
Pulau Pinang
(u.p.: Puan Nur Fadzilah Amirah binti Ismail)

5. Oleh itu, kerjasama pihak YB Dato’/ YBhg. Dato’ Seri/YBhg. Dato’/YAA Dato’/YBhg. Datin/Tuan/Puan, dimohon untuk menghebahkan iklan jawatan kosong ini di Jabatan/Agensi YB Dato’/YBhg. Dato’ Seri/YBhg. Dato’/YAA Dato’/YBhg. Datin/Tuan/Puan.

6. Kerjasama pihak YB Dato’/YBhg. Dato’ Seri/ YBhg. Dato’/YAA Dato’/YBhg. Datin/Tuan/Puan, berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.


Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan
Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang
1 Julai 2024

Shopping Basket