Borang Permohonan Membawa Ratham Kavadi Sempena Thaipusam 2026
Pihak Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang menjemput para penganut yang berhasrat untuk membawa Ratham Kavadi sempena sambutan Thaipusam 2026 agar mengemukakan permohonan melalui borang rasmi yang telah disediakan.
Permohonan ini bertujuan memastikan kelancaran perarakan, keselamatan peserta, serta pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan sepanjang sambutan perayaan suci ini.
Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai demi memastikan Thaipusam 2026 berlangsung dengan tertib, selamat dan penuh kesyukuran.