Borang Permohonan Membawa Ratham Kavadi Sempena Thaipusam 2026

Borang Permohonan Membawa Ratham Kavadi Sempena Thaipusam 2026

Borang Permohonan Membawa Ratham Kavadi Sempena Thaipusam 2026

Pihak Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang menjemput para penganut yang berhasrat untuk membawa Ratham Kavadi sempena sambutan Thaipusam 2026 agar mengemukakan permohonan melalui borang rasmi yang telah disediakan.

Permohonan ini bertujuan memastikan kelancaran perarakan, keselamatan peserta, serta pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan sepanjang sambutan perayaan suci ini.

Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai demi memastikan Thaipusam 2026 berlangsung dengan tertib, selamat dan penuh kesyukuran.

#Thaipusam #RathamKavadi #LembagaWakafHinduPulauPinang #PenangHinduEndowmentsBoard

Tarikh akhir penghantaran borang: 6 Januari 2026

Choose Temple:
Terma & Syarat
1. Perarakan Ratham Kavadi hendaklah dijalankan mengikut semua peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Kuil, Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan.
2. Perarakan hanya dibenarkan pada tarikh, masa dan laluan yang telah diluluskan. Sebarang perubahan memerlukan kelulusan bertulis.
3. Hanya peserta yang berdaftar dan diluluskan oleh pihak kuil dibenarkan menyertai perarakan.
4. Semua peserta hendaklah mematuhi arahan pihak kuil, polis dan pegawai RELA yang dilantik sepanjang perarakan.
5. Ratham Kavadi hendaklah selamat, kukuh dan mematuhi spesifikasi yang diluluskan. Objek berbahaya adalah dilarang.
6. Ketenteraman awam, keselamatan, laluan kecemasan dan kawalan orang ramai hendaklah sentiasa dijaga.
7. Tahap bunyi, trafik dan kebersihan hendaklah mematuhi peraturan pihak berkuasa.
8. Alkohol, dadah, mercun, api terbuka dan bahan berbahaya adalah dilarang.
9. Penyertaan adalah atas risiko sendiri. Pihak penganjur dan pihak berkuasa tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat ketidakpatuhan.
10. Pihak berkuasa berhak menghentikan perarakan sekiranya keselamatan awam terjejas.
Pengakuan Pemohon
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat.
Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ratham Kavadi dan perjalanan perarakan ini.
Scholarships

Pengagihan Biasiswa Kepada Pelajar Hindu Bernilai 2 Juta Ringgit Malaysia

Pengagihan Biasiswa Kepada Pelajar Hindu Bernilai 2 Juta Ringgit Malaysia

Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang dengan sukacitanya mengumumkan peruntukan biasiswa oleh Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kepada pelajar-pelajar Hindu dari keluarga B40 yang gagal mendapat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sesi pengumuman ini telah diadakan di Pusat Khidmat Kadun Bagan Dalam. Program peruntukan biasiswa ini merupakan alternatif yang diusahakan oleh LWHNPP serta berjaya memperolehi hampir 60 biasiswa yang bernilai 2 juta Ringgit Malaysia. Berikutnya adalah institut-institut yang menawarkan biasiswa berdasarkan khusus masing-masing bagi pelajar yang berminat memohonnya:

1) Twintech International University College of Technology memberi biasiswa yang bernilai, tawaran bagi 30 pelajar
● Diploma dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

2) MAHSA memberi biasiswa yang bernilai, tawaran kepada 9 pelajar:
● Jurusan Diploma Kejururawatan,
● Jurusan Diploma Fisioterapi,
● Jurusan Pengimejan Perubatan
● Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan

3) Peninsula Kolej- memberi tawaran biasiswa yang bernilai kepada lebih kurang 10-20 pelajar yang sesiapa yang ada kelayakan bagi melanjutkan pengajian dalam khusus-khusus berikutnya:
● Diploma Pengajian Perniagaan
● Diploma Pengurusan Logistik
● Diploma Perakaunan
● Diploma Sains Komputer
● Diploma Pengurusan Pelancongan
● Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
● Diploma E- Teknologi Perniagaan

4) Binary University memberi tawaran biasiswa yang bernilai kepada 5 pelajar sahaja yang bermula dengan Sijil Asasi dan terus lanjut ke Sarjana Muda yang dinyatakan dalam butiran berikutnya:
● Pengurusan Perniagaan
● Sains Komputer
● Perakaunan
● Keusahawanan
● Pemasaran
● Pengurusan Teknologi

Syarat kemasukan ialah:

SPM
i) 3A akan mengikuti Asasi ( 1 Tahun ) + Sarjana Muda ( 3 Tahun ) Jumlah 4 tahun

STPM
i) Syarat kemasukan pelajar STPM ialah PNGK 2.75 di mana mereka boleh mengikuti program ijazah 3 tahun secara terus

5) AIMST University memberi tawaran biasiswa yang bernilai kepada 20 pelajar sahaja yang dinyatakan dibutiran berikutnya:
● Diploma dalam Bioteknologi
● Diploma dalam Pengurusan Perniagaan
● Diploma dalam Kewangan
● Sarjana Muda Sains dalam Sains Bioperubatan
● Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Bioinformatik
● Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Bioteknologi
● Sarjana Muda (Kepujian) dalam Peniagaan & Pemasaran
● Sarjana Muda (Kepujian) dalam Perakaunan & Kewangan
● Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kewangan & Pengurusan
● Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Sistem Maklumat Pengurusan
● Sarjana Muda dalam Akauntansi (Kepujian)
● Sarjana Muda dalam Sistem Maklumat (Analisis Data) (Kepujian)
● Sarjana Muda dalam Sains Komputer
● Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Perisian (Kepujian)
● Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

LWHNPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti dan Kolej yang menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang tersebut. Sokongan dari Universiti Twintech, MAHSA, Kolej Peninsula dan Universiti Binary sentiasa dihargai dalam memainkan peranan penting bagi membolehkan lembaga ini memperluaskan usaha impak positif kepada sumbangan pendidikan pelajar Hindu di negeri Pulau Pinang.

Melalui inisiatif bagi melanjutkan program biasiswa, PHEB tetap komited untuk memperkasa komuniti Hindu dengan menyediakan bantuan sebagai insentif pendidikan yang bermakna dan membina budaya kecemerlangan akademik.

Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang
21 Julai 2024

Thaipusam 2024 - Golden Chariot Route

Thaipusam 2024 – Golden Chariot Route

Thaipusam 2024 - Golden Chariot Route

Thaipusam 2024 - Sri Maha Mariamman Temple, Lebuh Queen

Thaipusam 2024 – Sri Maha Mariamman Temple, Lebuh Queen

Thaipusam 2024 - Sri Maha Mariamman Temple, Lebuh Queen

Thaipusam 2024 - Thannermalai Shree Balathandayuthapani Temple, Waterfall Temple

Thaipusam 2024 – Thannermalai Shree Balathandayuthapani Temple, Waterfall Temple

Thaipusam 2024 - Thannermalai Shree Balathandayuthapani Temple, Waterfall Temple