scholarship form

Pengagihan Biasiswa Kepada Pelajar Hindu Bernilai 2 Juta Ringgit Malaysia

Pengagihan Biasiswa Kepada Pelajar Hindu Bernilai 2 Juta Ringgit Malaysia

Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang dengan sukacitanya mengumumkan peruntukan biasiswa oleh Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kepada pelajar-pelajar Hindu dari keluarga B40 yang gagal mendapat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sesi pengumuman ini telah diadakan di Pusat Khidmat Kadun Bagan Dalam. Program peruntukan biasiswa ini merupakan alternatif yang diusahakan oleh LWHNPP serta berjaya memperolehi hampir 60 biasiswa yang bernilai 2 juta Ringgit Malaysia. Berikutnya adalah institut-institut yang menawarkan biasiswa berdasarkan khusus masing-masing bagi pelajar yang berminat memohonnya:

1) Twintech International University College of Technology memberi biasiswa yang bernilai, tawaran bagi 30 pelajar
● Diploma dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

2) MAHSA memberi biasiswa yang bernilai, tawaran kepada 9 pelajar:
● Jurusan Diploma Kejururawatan,
● Jurusan Diploma Fisioterapi,
● Jurusan Pengimejan Perubatan
● Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan

3) Peninsula Kolej- memberi tawaran biasiswa yang bernilai kepada lebih kurang 10-20 pelajar yang sesiapa yang ada kelayakan bagi melanjutkan pengajian dalam khusus-khusus berikutnya:
● Diploma Pengajian Perniagaan
● Diploma Pengurusan Logistik
● Diploma Perakaunan
● Diploma Sains Komputer
● Diploma Pengurusan Pelancongan
● Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
● Diploma E- Teknologi Perniagaan

4) Binary University memberi tawaran biasiswa yang bernilai kepada 5 pelajar sahaja yang bermula dengan Sijil Asasi dan terus lanjut ke Sarjana Muda yang dinyatakan dalam butiran berikutnya:
● Pengurusan Perniagaan
● Sains Komputer
● Perakaunan
● Keusahawanan
● Pemasaran
● Pengurusan Teknologi

Syarat kemasukan ialah:

SPM
i) 3A akan mengikuti Asasi ( 1 Tahun ) + Sarjana Muda ( 3 Tahun ) Jumlah 4 tahun

STPM
i) Syarat kemasukan pelajar STPM ialah PNGK 2.75 di mana mereka boleh mengikuti program ijazah 3 tahun secara terus

5) AIMST University memberi tawaran biasiswa yang bernilai kepada 20 pelajar sahaja yang dinyatakan dibutiran berikutnya:
● Diploma dalam Bioteknologi
● Diploma dalam Pengurusan Perniagaan
● Diploma dalam Kewangan
● Sarjana Muda Sains dalam Sains Bioperubatan
● Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Bioinformatik
● Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Bioteknologi
● Sarjana Muda (Kepujian) dalam Peniagaan & Pemasaran
● Sarjana Muda (Kepujian) dalam Perakaunan & Kewangan
● Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kewangan & Pengurusan
● Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Sistem Maklumat Pengurusan
● Sarjana Muda dalam Akauntansi (Kepujian)
● Sarjana Muda dalam Sistem Maklumat (Analisis Data) (Kepujian)
● Sarjana Muda dalam Sains Komputer
● Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Perisian (Kepujian)
● Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

LWHNPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti dan Kolej yang menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang tersebut. Sokongan dari Universiti Twintech, MAHSA, Kolej Peninsula dan Universiti Binary sentiasa dihargai dalam memainkan peranan penting bagi membolehkan lembaga ini memperluaskan usaha impak positif kepada sumbangan pendidikan pelajar Hindu di negeri Pulau Pinang.

Melalui inisiatif bagi melanjutkan program biasiswa, PHEB tetap komited untuk memperkasa komuniti Hindu dengan menyediakan bantuan sebagai insentif pendidikan yang bermakna dan membina budaya kecemerlangan akademik.

Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang
21 Julai 2024

Tags: No tags

Comments are closed.