Perkhidmatan Pengangkutan Bagi Warga Emas Serta Pesakit Kurang Upaya Sempena Thaipusam 2026
Sempena sambutan Thaipusam 2026, Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (PHEB) dengan kerjasama Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Devasthanam akan menganjurkan satu inisiatif khas penyediaan perkhidmatan pengangkutan bagi warga emas serta pesakit kurang upaya ke Hilltop Murugan Temple.