Tonjol Semangat Harmoni, Toleransi Sepanjang Sambutan Thaipusam – Ketua Menteri
Semua penganut dan pengunjung sambutan Thaipusam di Pulau Pinang diseru agar terus mengekalkan semangat toleransi serta keharmonian sepanjang sambutan perayaan tersebut berlangsung pada kali ini.
Kerajaan Negeri menganggap keharmonian yang dipamerkan sepanjang sambutan itu merupakan satu teladan yang cukup baik bagi menggambarkan keunikan masyarakat majmuk di Pulau Pinang.